BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 28, 2009

20 steps to be Innovative Teacher



You want to be CREATIVE & INNOVATIVE TEACHER ?

Follow this 20 steps by Mitchell Diktof ;

1. Challenges status quo

Selalu merasakan tidak puas dengan pengetahuan dan kemahiran. Berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang ada dan pengetahuan kemahiran yang dimiliki akan selalu diperbaharui (update) setiap masa bersesuaian dengan zamannya.

2. Curious

Perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang tidak diketahui atau sesuatu yang baru, terutamanya tentang perkembangan semasa berkenaan idea dan teknologi terkini. Merasa kagum tentang sesuatu (sense of awe).

3. Self-motivated

Mempunyai motivasi dalaman untuk membangunkan diri (inner needs) dan sentiasa bersikap proaktif dalam membangunkan sesuatu yang baru dan menghargai apa yang ada dalam dirinya.

4. Visionary

Berpandangan jauh dan sentiasa melihat kehadapan. Mempunyai imiginasi yang tinggi dan optimistik.

5. Entertains the fantastic

Merasakan sesuatu itu bukan mustahil, menghasilkan idea diluar kotak pemikiran (thingking out of box) dan idea yang gila-gila.

6. Take risks

Berani menanggung risiko, bersedia untuk berada di dalam keadaan tidak selesa

(unconfort zone) dan tidak popular.

7. Peripatetic

Sentiasa menyesuaikan diri dengan kerja dan persekitaran dan bersedia untuk melakukan perjalanan (travelling) demi untuk mencari idea dan pengalaman baru.

8. Playful/humorous

Berani berbeza dari orang lain, bertindak nekad, mempunyai idea yang dapat menarik orang ramai dan mempunyai unsur humor yang dapat mengajak orang lain sama-sama berkongsi kegembiraan dan tawa.

9. Self-accepting

Bersedia mempertahankan konsep dan ideanya dan menganggap“kesempurnaan sebagai musuh kebaikan”.

10. Flexible/adaptive

Menyesuaikan diri mengikut keadaan, bersikap terbuka bagi setiap perubahan dan menyediakan sesuatu penyelesaian dan gagasan.

11. Make New Connections

Berusaha mengeratkan hubungan dengan semua orang dan membina satu rangkaian komunikasi yang dapat dimanfaatkan daripada hubungan yang dibina.

12. Reflective

Menilai masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian dan membuat keputusan dan pertimbangan yang sewajarnya.

13. Recognizes (and re-cognizes) patterns

Melihat sesuatu dari perspektif yang luas (The Big Picture), dan dapat membezakan sesuatu pandangan dengan pandangan yang lain.

14. Tolerates ambiguity

Bertolak ansur dalam sesutu perkara, tidak mudah panik dan tidak tergesa-gesa dalam membenarkan sesuatu idea yang muncul.

15. Committed to learning

Berusaha belajar dari masa ke masa pengetahuan dan dan ilmu-ilmu baru. Menyeimbangkan setiap informasi yang terkumpul dan menyelaraskan setiap tindakan.

16. Balance intuition and analysis

Membuat penilaian secara seimbang menggunakan pemikiran divergen dan konvergen. Membuat analisis dan menggunakannya secara berhati-hati dengan menggunakan akal

17. Situationally Collaborative

Berusaha menyeimbangkan pemikiran dari setiap individu dan berkerjasama untuk memajukan organisasinya.

18. Formally articulate

Komunikasi secara berkesan dan kebolehan menterjemahkan konsep abstrak ke dalam bahasa penuh erti dan menciptakan prototype atau model yang dianggap paling mudah.

19. Resilient

Mengharungi rintangan dengan tabah dan belajar dari kesilapan serta tidak berputus asa untuk terus mencuba.

20. Presevering

Bekerja keras dan tekun, sentiasa memberikan idea-idea baru dengan gigih dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap apa jua bidang yang diceburi.

0 comments: